Tgk2 aje? Ermm klik2 le baru best..

Sahabat gue

Khamis, 9 Disember 2010

Jangan tiru masa EXAM!!!

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azira.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja. Kami ade bukti...

Ayah: Habis tu...Mane buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azira. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azira memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.


Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azira memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah dan bengang, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka semasa pengistiharan MERDEKA?

Azira menulis: Maaf, saya tak tahu...

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!! hehehe

2 ulasan:

Eiyda berkata...

hehe.....;)

skeleton berkata...

biase buat tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuff klik nuff

Share |