Tgk2 aje? Ermm klik2 le baru best..

Sahabat gue

Khamis, 9 Disember 2010

Jangan tiru masa EXAM!!!

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azira.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja. Kami ade bukti...

Ayah: Habis tu...Mane buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azira. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azira memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.


Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azira memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah dan bengang, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka semasa pengistiharan MERDEKA?

Azira menulis: Maaf, saya tak tahu...

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!! hehehe

Sabtu, 4 Disember 2010

Siapa Ada Burung?

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara pelbagai jenis burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini pada perjumpaan mingguan kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki
segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu
menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain.......

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih
tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi di cuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

Selasa, 30 November 2010

Wanita Jatuh Bangunan

Seorang wanita cun melecun, cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.
Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris: Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku….
Wanita: Cis!Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris: ok kalau begitu..!

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan aku…
Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab: Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itu
kerana terkejut..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuff klik nuff

Share |